SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PENGETUA

Seminar Kajian Tindakan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Negeri Johor telah selesaikan dilaksanakan pada 16 Mac 2010 yang lepas. Berikut di antara bahan-bahan pembentangan dari seminar tersebut. Sila klik 'link' dibawah untuk 'download' bahan yang disenaraikan.
Bahan pembentang Kajian Tindakan 01
Bahan pembentang Kajian Tindakan 02
Bahan pembentang Kajian Tindakan 03
Bahan pembentang Kajian Tindakan 04 (akan dimasukkan kemudian)
Bahan pembentang Kajian Tindakan 04 (Lampiran)
Bahan pembentang Kajian Tindakan 05
Bahan pembentang Kajian Tindakan 06
Bahan pembentang Kajian Tindakan 07 (Maaf! tidak dapat disiarkan)
Bahan pembentang Kajian Tindakan 08
Bahan Talking Point Pengarah Pelajaran Johor

Jika ada masalah sila e-mel ke : pkpsmktinggi@gmail.com

Terima Kasih.

Instrumen Penilaian Sekolah bagi SKPM2010

Bahan instrumen penilaian sekolah dalam SKPM yang diedarkan dahulu terdapat kesilapan dalam beberapa formula pengiraannya. Sila gunakan versi yang terbaru yang diperolehi dari SJQ JPN Johor pagi ini. Download dengan klik link di bawah :

Fail Instrumen Penilaian Kendiri Sekolah : IPS-SKPM2 new26032010

Program Pemantauan PPKKPS Daerah Kota Tinggi 2010

Program Pemantauan Peningkatan Kualiti Kepimpinan Pengurusan Sekolah (PPKKPS) 2010 bagi sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi akan diadakan pada :
                                Tarikh        : 13 April 2010
                                Masa         : 7.30 pagi - 4.30 petang
                                Tempat      : Dewan SMK Tun Habab dan SMK Laksamana
                                Aturcara    :  1. Penyemakan Dokumen SJKQ 1/10, SJKQ 2/10,
                                                        SJKQ 3/2010
                                                    2. Taklimat Sektoral - Sektor Jaminan Kualiti
                                                                                    - Sektor Pengurusan Sekolah
                                                                                    - Sektor Pengurusan Kemanusiaan
                                                                                    - Sektor Pengurusan Akademik
                                                    3. Sesi Soal Jawab
                                                    4. Sesi Rumusan dan Pelaporan
Mohon rakan-rakan Pengetua bersedia dan menghantar borang dan dokumen
ke PPD Kota Tinggi sebelum 9 April 2010 (u/p : En. Noreddy bin Nursal).
Borang-borang boleh diperolehi melalui laman web PPD Kota Tinggi atau
klik pada nama fail diruangan 'Bahan Download' di bawah.

Majlis Persaraan Pengetua SMK Tanjung Pengelih - En Aswan bin Pardi

Pada 4 Februari 2010 yang lepas, kita kehilangan seorang dari anggota PKPSM Kota Tinggi iaitu En Aswan bin Pardi yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam kerana bersara pada umur 55 tahun. Tahniah kepada En. Aswan di atas persaraan beliau. Sesungguhnya di suatu masa nanti kita semua juga, InsyaAllah akan menempuh juga tempoh dan proses yang sama. Tunggu......

Post Mortem PMR 2009

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi melalui Unit Akademik telah melaksanakan Mesyuarat Post Mortem keputusan PMR 2009 pada 14 Januari 2010 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Kota Tinggi kerana masih berkeupayaan mengekalkan prestasi PMR dari segi GPS iaitu kekal kepada 2.74 tetapi mengalami kemerosotan dari segi peratus penguasaan.
Walau pun kedudukan Kota Tinggi berada di tempat ketiga dalam Negeri Johor berdasarkan GPS tetapi jatuh ke tempat ketujuh dari segi peratus. Ada sekolah yang berjaya dan dikelompokkan dalam kategori elit iaitu SM Sains Kota Tinggi, SMK Tun Habab, SMKA Bandar Penawar dan SMK Tanjung Pengelih. Tahniah ! Ada juga sekolah yang mengalami kemerosotan jika dibandingkan dengan prestasi tahun 2008. Walau apapun keputusan yang diperolehi, jadikan ianya sebagai satu cabaran kepada kita semua untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun 2010 ini. Bersamalah kita membangunkan modal insan yang kita ada di sekolah masing-masing untuk bergerak ke arah yang lebih baik, positif dan mencapai sesuatu yang luar biasa di tahun ini.

Selamat Datang ke Blog PKPSM Kota Tinggi

Mulai 2010 ini PKPSM Kota Tinggi mengambil langkah ke arah memperkasakan pengurusan PKPSM Kota Tinggi dalam bidang ICT. Selamat datang ke blog kami... semoga ini menjadi wadah untuk kita berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam semua bidang.