Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi melalui Unit Akademik telah melaksanakan Mesyuarat Post Mortem keputusan PMR 2009 pada 14 Januari 2010 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Kota Tinggi kerana masih berkeupayaan mengekalkan prestasi PMR dari segi GPS iaitu kekal kepada 2.74 tetapi mengalami kemerosotan dari segi peratus penguasaan.
Walau pun kedudukan Kota Tinggi berada di tempat ketiga dalam Negeri Johor berdasarkan GPS tetapi jatuh ke tempat ketujuh dari segi peratus. Ada sekolah yang berjaya dan dikelompokkan dalam kategori elit iaitu SM Sains Kota Tinggi, SMK Tun Habab, SMKA Bandar Penawar dan SMK Tanjung Pengelih. Tahniah ! Ada juga sekolah yang mengalami kemerosotan jika dibandingkan dengan prestasi tahun 2008. Walau apapun keputusan yang diperolehi, jadikan ianya sebagai satu cabaran kepada kita semua untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun 2010 ini. Bersamalah kita membangunkan modal insan yang kita ada di sekolah masing-masing untuk bergerak ke arah yang lebih baik, positif dan mencapai sesuatu yang luar biasa di tahun ini.
2 comments:
Tahniah untuk semua. Tahniah untuk rakan-rakan Pengetua yang berjaya, bagi yang belum atau kurang berjaya tahun 2009, sama-samalah kita teruskan perjuangan di tahun 2010.
Tahniah atas inisiatif membina blog PPKPSM Kota Tinggi. Usaha yang baik dalam menyebarkan maklumat PKPSM kepada ahli. Hj. Hassan Topit
Post a Comment